Wednesday 11 November 2009

Kembali bersiaran...


Assalamualaikum....

tiba-tiba terasa ingin menjenguk Suara Hati dan meluahkan rasa gembira yang amat sangat kerana dapat bertemu semula dengan rakan-rakan sekolah yang terpisah lama kerana haluan masing-masing membina hidup dan keluarga...

Walau ramai yang tidak gemarkan facebook tapi sekurang-kurangnya facebook banyak berjasa dalam menghubungkan silaturrahim sesama insan di seluruh dunia.

Alhamdulillah.. detik kami bertemu memang menggembirakan. InsyaAllah ada lagi pertemuan yang bakal diatur bagi melengkapkan korum 8 serangkai...



Wednesday 27 May 2009

Cerita Nasi Lemak..


Alkisah ketika kami balik dari kampung awal bulan Mei yang lepas kami sempat singgah di Hentian Rehat dan Rawat Sg Perak yang baru disiapkan dan ditambahbaik kemudahannya. Memandangkan sudah tiba waktu makan tengahari dan perut juga sudah berkeroncong, Abang Azam belilah 2 bungkus nasi lemak dan sebungkus nasi campur untuk dijamah.

Terkejutnya aku dan anak-anak bila membuka bungkusan nasi lemak yang dibeli... Bukannya pelik atau nasinya bukan nasi lemak... tetapi saiz nasinya yang sangaaaat kecil (sebesar penumbuk asma' je kot) Rasanya kalau A.Azam makan dengan tangan, 2 kali suap dah licin... tetapi memandangkan sudu yang dibekalkan juga bersaiz kecil, maka dapatlah lebih kurang 5 sudu suapan orang dewasa...

Harganya... RM 1. Lauknya cuma sambal ikan bilis dengan kecik konet telur rebus (belah 6 agaknya) tanpa timun dan kacang. Ya Allah kenapalah kedekut sangat peniaga ni.. Aku ni jual nasi lemak, jadi tahulah berapa sangat modalnya dan berap banyak untungnya jika melihat rupa nasi lemak yang dijual tu...

Itulah keadaannya jika berniaga hanya memikirkan keuntungan dan bukan sebagai memenuhi tuntutan fardhu kifayah dan bukan sebagai ibadah. Mujurlah keadaan surau baru dan suasana baru di R & R tu, dapat mengubat kekecewaan kami sekeluarga. Jom solat Zohor dan Asar dulu...

Thursday 14 May 2009

Cerita Kampung

Alhamdulillah... bermula juga akhirnya projek kecil-kecilan kat tanah yang dibeli lebih 10 tahun lepas di kampung.. Tanah ni dah banyak jasanya kepada semua. Dah bertahun kami menikmati hasil tanaman pokok kelapa dan pisang yang ditanam arwah ayah dulu. Ramai orang kampung yang dah menggantikan pokok kelapa dengan tanaman kelapa sawit. Tapi mak kata, tak minat dengan sawit. Jadinya setelah diterangkan tanah tu baru-baru ni, aku tanam balik dengan pokok kelapa pandan dan aneka pisang yang menjadi kegemaran semua... pisang emas, pisang berangan, pisang raja, pisang bunga dan pisang awak. Terima kasih Pak Tam dan Mak Tam yang bagi benih...

Dalam perjalanan balik, kami terserempak dengan sekmpulan itik yang bersiar-siar di tepi parit.. indahnya suasana...

Monday 27 April 2009

Malu Itu Sebahagian Daripada Iman

Minggu lepas, malam Ahad kalau tak silap..aku anak beranak 'ter lapang' sedikit dan terubah channel ke TV3 yang menyiarkan rancangan audition Mentor musim baru. Saja gatal mata nak tengok...(sebab dah lama tak tengok rancangan berbentuk hiburan camtu)...

Ya Allah...Astaghfirullah... kenapalah umat sekarang dah makin tipis perasaan malunya. Yang bertudung pun sibuk nak menyanyi dan menari...? Ajai siap kata, tak malu ke..? Aduuuh...

Wahai ibubapa...(termasuk diriku dan suamiku) perhatikan dan nasihatkan anak-anak agar menjaga maruah diri. Apa akan jadi kepada umat Islam kalau malu itu tidak lagi dijadikan benteng diri. Kembalilah menjadi lelaki dan wanita Melayu Islam yang tinggi nilai budi pekertinya....

Tuesday 24 March 2009

Kagum... Subhanallah

Ahad malam, tonton Rancangan Halaqah di tv 9. Tajuknya 'Chikukungunya'.. ringkas. tapi kupasan ahli panel yang terdiri daripada Ustaz Roslan (bekas pensyarah aku kat UIA dulu) dan Dr Danial sangat menarik, padat, berfakta, berilmu dan menyebabkan aku dan anak-anak melekat di depan TV dari awal hingga akhir rancangan...

Maha Suci Allah yang memberikan mereka kehebatan berhujah dan berbicara di depan jutaan penonton secara langsung begitu... Maha Suci Allah betapa banyak lagi ilmu yang belum kita terokai. Benarlah walau habis ilmu di dunia ini kita pelajari, ianya hanya setitis daripada lautan Kalam Allah yang Maha Mengetahui.

Friday 6 February 2009

Hiba di hati..

Tak terkata.. sedih melihat apa yang berlaku di negeri kelahiranku Perak. Menteri Besar diarah letak jawatan? Menteri Besar Baru?
Meluat tengok lintas langsung di TV 1 (sorry Sayid Munawar). K.Long tak reti berpolitik, tapi politik itu asalnya bersih jika ahli politik tidak mencemarkannya... maka jadi politik kotor..

Moga Allah membalas perbuatan orang-orang keji dan perbuatan mungkar mereka. Kena sambar petir pun tak apa... WallahuA'lam.

Monday 19 January 2009

Anak-anak dilahirkan bersih seperti kain putih...


Beberapa hari lepas, sedang aku update blog, azan di komputer berkumandang. Maryam yang sedang duduk-duduk main terus angkat kedua-dua tangan di telinga.
Itu adalah tindakan spontan bayi yang berumur 1 tahun 2 bulan. Hanya melalui pemerhatian di tv, dia tahu azan menyeru umat Islam untuk menunaikan solat...
Kukhabarkan perkara itu kepada Abg Azam dan dia bertanyakan soalan mudah kepada 'Aisyah. Jawapannya baru sekali diajar tetapi terus diingati dengan mudah. Dia 'test' sekali tindakan refleks Maryam bila dengar azan.

Benarlah, anak-anak dilahirkan fitrahnya bersih dan putih. Terpulang kepada ibubapanya yang mencorakkannya menjadi seorang yang soleh dan solehah atau sebaliknya. Ingatlah, betapa besarnya tanggungjawab ibubapa yang memikul tugas mendidik anak-anak menjadi hamba Allah yang sebenar...

Teringat kata pesanan di cenderahati hari keluarga untuk anak2 saudara yang cemerlang UPSR..'belajaq pandai-pandai, sembahyang jangan tinggai'...

Tepat sekali pesanan tu, sesuai setiap masa dan ketika.